Kerjaya kelab Ron_Vlaar

Awal

Pada musim 2004-05, Vlaar membuat debut di Eredivisie pada usia 20 tahun. Pada 28 April 2005, beliau membuat debut di pentas Eropah menentang Sporting Clube de Portugal pada perlawanan Piala UEFA, AZ menang 2-1.

Feyenoord

Di Feyenoord, Vlaar menandatangani kontrak lima tahun dan Vlaar membuat debut untuk Feyenoord pada 15 Januari 2006 menentang Vitesse, 1-0. Vlaar bermain 16 perlawanan liga selepas beliau berpindah ke Feyenoord dan tanpa menjaringkan sebarang gol.

Vlaar memulakan musim 2006–07 dengan kaki kiri akibat kecederaan kaki ketika perlawanan pramusim menentang Reading pada Ogos. Apabila dirawat, doktor menemui keratakan pada tulang kakinya dan menyebabkan Vlaar direhatkan separuh musim. Selepas beliau pulih, Vlaar bermain 20 perlawanan liga. Pada 16 Disember 2006, Vlaar menjaringkan gol pertamanya di Feyernoord menentang FC Utrecht (2–1).

Pada 16 September 2007, Vlaar mengalami kecederaan ketika menentang Roda JC pada perlawanan liga, 3-1. Vlaar menjalani pembedahan pada cruciate ligament dan terpaksa dikeluarkan pada musim itu. Selepas pembedahan, beliau kemudian tercedera lagi pada awal perlawanan pramusim.

Selepas dua musim dikeluarkan, Vlaar membuat impak pada musim 2009-10. Beliau menjaringkan gol pada jarak 60 meter pada saingan Piala KNVB menentang Harkemase Boys, 5-0 pada 24 September 2009.

Aston Villa

Pada 15 Julai 2012, Feyenoord mengesahkan bahawa Vlaar menjelajah ke Birmingham untuk berbincang dengan pengurus Aston Villa, Paul Lambert tentang perpindahan. Pada 27 Julai, beliau dilaporkan akan ke kelab Liga Perdana Inggeris itu. Beliau mungkin akan menandatangani Villa selepas melepasi ujian kesihatan. Pada 1 Ogos, Vlaar menandatangani kontrak tiga tahun bersama Villa. Pada 15 September, beliau menjadi kapten pasukan Aston Villa untuk musim 2012-13 menggantikan Stiliyan Petrov mengalami kanser.

Pada 29 April 2013, Vlaar menjaringkan gol pertamanya untuk Aston dengan jarak 30 meter ketika menang 6-1 ke atas Sunderland.[3] Beliau menjaringkan gol separuh voli ketika 2-2 menentang Wigan Athletic.[4]

Rujukan

WikiPedia: Ron_Vlaar http://www.fifa.com/worldcup/matches/round=255957/... http://www.google.com/hostednews/afp/article/ALeqM... http://www.premierleague.com/en-gb/news/news/2013-... http://www.premierleague.com/en-gb/players/profile... http://www1.skysports.com/football/live/match/2849... http://en.archive.uefa.com/competitions/under21/hi... http://www.uefa.com/under21/season=2007/matches/ro... http://eu-football.info/_player.php?id=26300 http://www.guardian.co.uk/football/2013/may/19/wig...